Tuesday, January 5, 2010









salam utk semua.

mungkin ramai mencemuh kerana dh la tidak mengupgred blog. ni kerna dek laptop dh buat hal.
hampir separuh tahun 2009 lptop tidak menyumbng tenaganya. banyk aktvt akhir thn 09 stkt berada di benak aje. byk tpt telah di kunjungi tp tak dapat la nk dimuat turun.

wlaupon gitu aktvt penutup 2009 tetap di up load utk smua pngiat aktvt jom ngail. hahahahahah

Wednesday, October 28, 2009

MIGTY 2009

dah lama kawe dok jengah blog kawe, coz telalu banyak keje yg kena settlekan. gini la tugas bila akhir tahun. orang sume sibuk nak wat closing akaun.

kebetulan bulan poso aku tgh hibernate tubuh untuk jimat tenaga...hahahaha. masuk raya je, ramai anak buah menduduki pmr so tugas aku jadi betambah la beban.

tup-tup abis pmr aku lagi la beban, kena handle program untuk bebudak aku, mara intensive gifted and talented youth programme (migty 09). banyak rangka keje kena wat dan perjalanan nya dh masuk ke fasa ke 2. minggu depan dh penutup, mudahan kawe dpt byk masa free. dapat la kawe duk rehat-rehat.

untuk gambar aktiviti mungkin kawe upload lain tahun.......kehkehkeh

Sunday, May 31, 2009

Pelancaran Alumni UM Chapter Kelantan

30 mei 09-Hotel Renaissance Kota Bahru menjadi saksi satu majlis bersejarah bagi bekas-bekas grduate um khasnya bagi mereka yg berasal dari kelantan dan bagi mereka yang bekerja serta menetap di negeri tersebut. majlis pelancaran alumni um chapter kelantan itu telah dirasmi dengan jayanya oleh naib canselor um, Prof Datuk Ghauth Jasmon.

Dalam ucapannya, beliau berharap yg alumni terus menyumbang terhadap pembangunan UM terutamanya untuk mnyaingi ranking um untuk berada di tahap yg tertinggi dan menjadi universiti yg terunggul.

Sebelum itu, telah berlangsung mesyuarat Alumni UM Chapter Kelantan bagi pemilihan AJK Pro Tem. setelah pelancaran secara rasminya, NC telah menerima penyerahan Plak Chapter sebagai acara simbolik pelanacaran.

Taklimat aktiviti alumni juga telah dilakukan oleh Prof Datin Dr Jamaliah Mohd Ali, felo Penyelidikan Kanan, Pejabat Hubungan Alumni UM. di ikuti dengan nyanyian lagu Universiti MAlaya.

sesi bergambar juga berlangsung sebagai tanda kenangan bersejarah sebelum majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Tuesday, May 19, 2009

patriotik kah orang kita?

Setiap tahun terutama bila 31 ogos pasti bayak dibincang pasal semangat cinta akan negara. orang politik sibuk maukan rakyat mengibar jalur gemilang, jabatan kerajaan turut memeriahkan sama dengan berbelanja duit ratusan malahan ribuan untuk menyahut seruan kerajaan. wal hal bendera malaysia pun sekarang ni dicetak jahit di negara china. lain pula sektor swasta, nyata lesu dan dingin.

Sebut dalam hal memakai pun sama, orang kita mungkin beranggapan menggunakan produk luar negara lebih bagus, baik dari segi pakaian, makanan ringan dan pelbagai lah lagi. mungkin sifat orang kita yang lebih menyangjungi barangan luar.

dalam hal kenderaan pula lain jadinya, bila proton melancarkan setiap modelnya pasti semua dari kita menjadi pakar dalam bidang mengomel kenderaan. macam-macam hal bole didengar, melihat gaya seseorang pasti mengomel pasal enjin tak power, cat tak cantik, rim besi, rim sport tak lawalah, dan ntah apa apa lah.

paling tidak pun pasti orang kita akn membuka dan menutup pindu kereta dengan kuat dan mengatakan pintu susah nak tutup rapat, malah lebih zalim lagi bila dibandingkan dengan model merc tak pun dengan siri bimmer. mana la adil perbandingan begitu.











p/s: manakah anda berada?

Saturday, March 21, 2009

gulai kawah-best untuk dinikmati


seminggu cuti sekolah banyak majlis kenduri kahwin berlangsung. Tidak ketinggalan aku turut di jemput sama untuk menikmati juadah gulai kawah.

oleh kerana jiran sekampung yang meraikannya, maka awal pagi lagi aku turun untuk melakukan kerja apa yang patut.

alhamdulillah, seekor lembu dan seekor kerbau telah ditumbangkan, dan dalam masa sekejap sahaja kerja melapah siap hasil permuafakatan sekampung. siap sahaja terus di masak cara masakan yang paling glamor di kenduri kahwin iaitu menu gulai kawah.

pukul 11 pagi hidangan petama dapat dinikmati semua warga kerja, dan menerima kunjungan jemputan sanak saudaranya untuk memeriahkan majlis.

majlis besar begini nampaknya ringan dek kerna kerja gotong-royong. walaupun konsep ini kian terhakis kerana perkembangan teknologi dan gaya hidup yang sentiasa mengejar masa.

Rasa seronok juga bila melihat macam gelagak manusia yang hiruk pikuk bekerja, dan yang terbestnya dapat mengtamkedarah gulai kawah.

Wednesday, February 4, 2009

sesibuk ahli politik


tahun 2009 adalah awal tahun yang sibuk. mungkin awal tahun banyaklah kerja yang perlu direncanakan dengan betul untuk perjalanan 2009 dengan lancar. nak menjengah blog pun macam tak sempat.

arakian pun begitu, sempat la pulak pusing-pusing negeri sempena Tahun Baru Cina. sempat la juga merasai nikmat cuti. maklumat lanjut; ainic.blogspot.com

Thursday, January 1, 2009

welcome 2009

Ramai yang akan menanam azam baru untuk tahun baru. Pelik, bila tahun baru semua bercakap azam baru, walhal masih bekerja, belajar dan macam-macam lagi dilakukan ditempat sama. Itu bermakna tiada perubahan. masih di takuk lama.

Sebenarnya azam baru boleh dan sepatutnya ditanam di dalam diri bila-bila masa sahaja apabila kita terasa perlu perubahan untuk prestasi diri yang sebenarnya.

Kadang-kadang terasa menyampah dengan soalan ''Apa azam baru tahun 2009?". Apa tidaknya, macam-mcam bercakap dengan azam baru tetapi prestasi diri dan suasana sekeliling kita masih sama dan skop kerja adalah sama untuk kerja masing-masing yang dah 'beracuan'.

Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009. Mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok adalah terbaik untuk kita semua.

p/s; gambar mpv sekadar hiasan sahaja, tiada kena mengena dengan cerita